MOSCOW – India mencatatkan 200,739 kes baharu Covid-19 dalam 24 jam lalu, peningkatan harian terbesar sejak pandemik tercetus, lapor Sputnik.
Kementerian Kesihatan India pada Khamis berkata, jumlah mereka yang disahkan positif Covid-19 mencecah 14,074,564 kes.
Dalam tempoh sama, angka kematian meningkat sebanyak 1,038 kepada 173,123 orang.
Lebih 12.42 juta pesakit pulih sejak wabak mula menular. – Bernama