Home Koronavirus Imunisasi: Kerajaan perlu dedah laporan pemantauan farmakovigilans

Imunisasi: Kerajaan perlu dedah laporan pemantauan farmakovigilans

0
Imunisasi: Kerajaan perlu dedah laporan pemantauan farmakovigilans

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mengeluarkan laporan pemantauan farmakovigilans berkaitan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk dikongsikan dengan masyarakat umum bagi meningkatkan keyakinan rakyat untuk menerima vaksin, kata Persatuan Farmasi Malaysia (MPS).

Presidennya, Amrahi Buang berkata, laporan farmakovigilans, khususnya kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI), perlu dibuat secara berkala setiap minggu atau jika berlaku kesan sampingan teruk.

“Sekiranya berlaku kesan-kesan sampingan yang teruk, kerajaan perlu memberhentikan program itu buat sementara waktu. Pelaporan AEFI ini adalah sangat diperlukan untuk meyakinkan rakyat bahawa vaksin yang digunakan adalah selamat lagi berkesan.

“Pelaporan perlu dilakukan secara jujur dan telus. Pelaporan bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat tetapi rakyat perlu tahu akan perkara ini,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, pelaporan tersebut turut dilakukan negara lain seperti Kanada dan Korea Selatan.

Amrahi berkata, laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) tersebut juga dapat membantu merealisaskian objektif program untuk membentuk imuniti kelompok di Malaysia.

Beliau berkata NPRA iaitu pusat farmakovigilans untuk pelaporan kesan advers ubat termasuk vaksin di bawah jaringan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berupaya melakukan pemantauan farmakovigilan program imunisasi itu dengan sistem pengumpulan dan pelaporan AEFI sedia ada. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here