Home Koronavirus 4,000 ahli farmasi diberi vaksin Covid-19

4,000 ahli farmasi diberi vaksin Covid-19

4,000 ahli farmasi diberi vaksin Covid-19

PUTRAJAYA – Hampir 4,000 ahli farmasi komuniti di negara ini akan diberikan suntikan vaksin Covid-19 dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam kenyataannya berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang diadakan pada Khamis.

“Mesyuarat yang dipengerusikan bersama dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah bersetuju untuk memasukkan ahli farmasi komuniti di dalam Kategori Dua Garis Panduan Penetapan Senarai Petugas Barisan Hadapan Bagi PICK,” katanya pada Jumaat.

Menurutnya, kategori dua merujuk kepada anggota petugas barisan hadapan yang terlibat dalam sektor kesihatan, agensi pertahanan, anggota keselamatan dan perkhidmatan penting.

Persatuan Farmasi Malaysia (PFM) sebelum ini menggesa JKJAV mempertimbangkan ahlinya sebagai antara kelompok penerima vaksin Covid-19 pada fasa pertama.

Terkini : Jumlah pemberian dos pertama vaksin (mengikut negeri) setakat 11 Mac 2021#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/2mRC0Mrps8

— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) March 12, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here