Home Koronavirus Imbasan kod QR MySejahtera tidak diwajibkan

Imbasan kod QR MySejahtera tidak diwajibkan

Imbasan kod QR MySejahtera tidak diwajibkan

PUTRAJAYA – Imbasan kod QR MySejahtera tidak lagi diwajibkan apabila seseorang memasuki premis atau tempat-tempat awam, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Bagaimanapun, orang ramai diminta supaya mengaktifkan fungsi MySJ Trace untuk tujuan pengesanan kontak.

“Individu dengan status berisiko tinggi pada aplikasi MySejahtera iaitu kes positif Covid-19 dan individu yang diberi arahan Perintah Pengawasan dan Pemantauan (HSO) tidak dibenarkan masuk ke premis,” katanya.

Menurutnya, pihak pengurusan premis hendaklah menyemak status risiko individu dalam aplikasi MySejahtera yang akan memasuki premisnya.

“Aplikasi MySejahtera masih lagi penting untuk digunakan antara lain bagi tujuan pelaporan keputusan ujian pengesanan Covid-19 dan arahan HSO,” katanya.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here