Home Koronavirus Hospital Selayang berstatus hospital rawat Covid-19 sepenuhnya

Hospital Selayang berstatus hospital rawat Covid-19 sepenuhnya

0
Hospital Selayang berstatus hospital rawat Covid-19 sepenuhnya

KUALA LUMPUR – Hospital Selayang bertukar status daripada hospital hibrid Covid-19 kepada hospital merawat Covid-19 sepenuhnya berkuat kuasa pada Rabu.

Pengumuman itu dimaklumkan melalui satu kemas kini dalam laman Facebook rasmi hospital tersebut pada Khamis.

“Penukaran tarikh janji temu akan dimaklumkan kepada pesakit dalam masa terdekat dan kerjasama semua dalam perkara ini amat dihargai,” katanya.

Hospital Selayang menjadi hospital ketiga di Selangor berstatus hospital merawat Covid-19 sepenuhnya selepas Hospital Sungai Buloh dan Hospital Ampang. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here