Home Koronavirus Waris pesakit Covid-19 digesa tuntut wang ihsan RM5,000

Waris pesakit Covid-19 digesa tuntut wang ihsan RM5,000

Waris pesakit Covid-19 digesa tuntut wang ihsan RM5,000

PUTRAJAYA – Waris kepada pesakit Covid-19 yang meninggal dunia digesa segera membuat permohonan tuntutan wang ihsan RM5,000 kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, pihaknya tidak boleh menyalurkan bantuan tersebut sekiranya tiada permohonan yang dibuat.

“Saya nak minta kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga akibat Covid-19, segera datang ke Nadma untuk kita menghulurkan bantuan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Seroja, dekat sini pada Khamis.

Menurutnya, sebanyak 1,033 permohonan telah diluluskan berbanding dengan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu melebihi 7,000.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here