PUTRAJAYA – Pemberhentian penggunaan vaksin SinoVac di negeri Kelantan dibuat susulan perolehan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech yang banyak.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 44 juta dos Pfizer telah dibuat bagi kegunaan 22.2 juta penduduk negara ini.
“Jadi kita hentikan penggunaan SinoVac di Kelantan dan tingkatkan penggunaan Pfizer,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba pada Khamis.
ARTIKEL BERKAITAN: Kelantan guna vaksin Pfizer sepenuhnya Ogos ini
AKAN MENYUSUL
[LIVE] Sidang media Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. https://t.co/LmiwL4QXT4
— SinarOnline (@SinarOnline) July 15, 2021