Home Koronavirus Hampir 90 peratus ahli Macma Kelantan terima vaksin Covid-19

Hampir 90 peratus ahli Macma Kelantan terima vaksin Covid-19

0
Hampir 90 peratus ahli Macma Kelantan terima vaksin Covid-19

KOTA BHARU – Hampir 90 peratus ahli Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) Cawangan Kelantan sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 setakat pada Ogos lalu.

Pengerusi Macma Kelantan, Dr Johari Yap berkata, situasi tersebut membuktikan tiada golongan anti vaksin dalam NGO berkenaan.

Menurutnya, Macma Kelantan sentiasa berkempen dan menggalakkan ahlinya mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin setiap kali mereka mengadakan program sumbangan bahan makanan atau program kebajikan.

“Sejak awal Mac lagi, kami sudah menyokong usaha vaksinasi dianjurkan oleh kerajaan supaya Malaysia dapat mencapai imuniti kelompok dengan kadar cepat.

“Selain itu kami berkempen bagi menggalakkan masyarakat luar bandar untuk mendaftar iaitu melalui penglibatan ketua komuniti. Contohnya, melibatkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Dabong pada akhir Mac lalu dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara (JPNIN) Kelantan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan.

“Saya turut memberikan ceramah pendek ketika itu mengenai kepentingan vaksin untuk badan selain meuar-uarkan vaksin adalah percuma, walaupun ketika itu saya masih belum mendapat vaksinasi,” katanya kepada Sinar Harian, pada Sabtu.

Menurutnya, sukarelawan dari Macma Kelantan turut terlibat dalam Program Outreach Vaksinasi Covid-19 dianjurkan oleh Papisma Kelantan di beberapa lokasi bagi membantu mempercepatkan imuniti kelompok rakyat di negeri itu.

Beliau berkata, ahli Macma Kelantan yang belum mendapat tarikh vaksin diberi keutamaan untuk mendapatkan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Outreach berkenaan.

“Selain Papisma Kelantan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pusat Pemberian Vaksin Khas (SPPV) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang membantu mempercepatkan tarikh vaksinasi ahli-aTiafahli Macma Kelantan.

Tiada Tiada

“Ia turut melibatkan pesakit berisiko tinggi serta warga emas yang sebelum ini masih ragu-ragu atau takut untuk mendapatkan vaksin. Ahli-ahli Macma Kelantan yang mempunyai kesukaran dari segi logistik untuk ke PPV juga dibantu sehingga mereka selesai mendapat vaksinasi masing-masing,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here