Home Koronavirus Enam pemain di ABM positif Covid-19: BAM

Enam pemain di ABM positif Covid-19: BAM

0
Enam pemain di ABM positif Covid-19: BAM

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Sabtu mengesahkan enam pemain di Akademi Badminton Malaysia (ABM) positif Covid-19.

Menurut kenyataan BAM, kesemua pemain tersebut yang tidak mempamerkan sebarang gejala, kini menjalani kuarantin kendiri.

“Selepas perundingan dengan Kementerian Kesihatan, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara, kesemua 91 atlet, jurulatih dan pegawai di ABM di Bukit Kiara menjalani ujian saringan, namun kesemuanya negatif,” kata BAM.

Proses sanitasi menyeluruh juga telah dijalankan di ABM pada Jumaat dan latihan berkonsepkan kuarantin tersebut akan diadakan semula di Pusat Kecemerlangan Badminton Negara, manakala semua aktiviti sekolah akan dijalankan secara dalam talian untuk tempoh beberapa hari akan datang.

“Kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kesemua mereka yang berada di ABM merupakan keutamaan kami dan kami berharap enam atlet terbabit akan pulih secepat mungkin,” kata BAM. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here