Home Koronavirus 2,331 jangkitan baharu, Selangor kembali catat kes tertinggi

2,331 jangkitan baharu, Selangor kembali catat kes tertinggi

0
2,331 jangkitan baharu, Selangor kembali catat kes tertinggi

SHAH ALAM – Malaysia mencatatkan 2,331 kes baharu Covid-19 pada Sabtu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Selangor kembali menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes baharu dengan 751 kes diikuti Sarawak (512) dan Kuala Lumpur (252).

Menurut Twitter rasmi Dr Noor Hisham, Kelantan pula mencatat 225 kes, Sabah (163), Pulau Pinang (116), Johor (100), Negeri Sembilan (89), Kedah (45), Perak (42), Pahang (20) dan Melaka (9).

Sejumlah empat kes dicatatkan di Putrajaya manakala Labuan mencatat dua kes, Perlis (satu) dan Terengganu tidak merekodkan sebarang kes.

AKAN MENYUSUL

Sehingga 17 April 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,331 kes (372,859 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 751 (123,158)

Sabah – 163 (56,673)

Johor – 100 (42,929)

WP KL – 252 (39,916)

Sarawak – 512 (23,432) 1/2

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 17, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here