Home Koronavirus Enam kes positif dikesan di Kluster Kampung Hilir

Enam kes positif dikesan di Kluster Kampung Hilir

0
Enam kes positif dikesan di Kluster Kampung Hilir

SIBU – Enam kes positif Covid-19 dikesan di Kluster Kampung Hilir di sini setakat ini selepas Operasi Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) dilaksanakan sejak Khamis lepas.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak, Dr Annuar Rapaee berkata, keputusan itu didapati daripada 977 sampel yang diambil pada hari pertama ACD.

Beliau berkata, ACD itu yang dijalankan selama tiga hari dan berakhir pada Sabtu berjaya mengumpul keseluruhan 1,925 sampel dengan keputusan penuh dijangka diketahui malam Ahad.

“Kesemua kes positif itu telah dimasukkan ke Hospital Sibu,” katanya melalui siaran langsung di akaun Facebooknya pada Sabtu.

Annuar berkata, berdasarkan jumlah kes yang direkodkan di Kampung Hilir, kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) di kawasan itu adalah pada tahap 0.6 dan masih terkawal. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here