Home Koronavirus 1,671 kes baharu, Selangor terus catat kes harian tertinggi

1,671 kes baharu, Selangor terus catat kes harian tertinggi

0
1,671 kes baharu, Selangor terus catat kes harian tertinggi

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Malaysia merekodkan 1,671 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan Selangor terus mencatatkan angka tertinggi harian iaitu 652 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, dalam tempoh itu juga, sebanyak 1,585 kes sembuh dilaporkan selain empat kematian menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 di negara ini ialah 316,042, manakala angka keseluruhan kematian kini ialah 1,229 orang.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini (Sabtu), 1,669 merupakan kes tempatan melibatkan 1,038 warga tempatan dan 631 bukan warganegara manakala dua lagi adalah kes import,” menurutnya menerusi kenyataan di sini.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat empat kluster baharu dikenal pasti melibatkan kluster tempat kerja iaitu Kluster Teluk Air Tawar di Pulau Pinang dan Kluster Perindustrian Pekan Nenas di Johor serta kluster komuniti iaitu Kluster Tanjung Genting di Sarawak dan Kluster Pulau Pisang di Perak.

Kes kematian pada Sabtu pula melibatkan dua kes di Selangor serta masing-masing satu kes di Sabah dan Kedah dengan kesemuanya melibatkan warganegara.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 151 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 64 orang memerlukan bantuan pernafasan. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here