Home Koronavirus Dua lagi kluster komuniti dikesan di Sarawak

Dua lagi kluster komuniti dikesan di Sarawak

0
Dua lagi kluster komuniti dikesan di Sarawak

KUCHING – Dua lagi kluster komuniti baharu diisytiharkan di Sarawak pada Khamis, masing-masing di kawasan Bau dan Tatau, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN memaklumkan kluster Jalan Bubut Sajok di Bau melibatkan beberapa keluarga di dua perkampungan iaitu Kampung Bobak Sajong dan Kampung Bobak Sejinjang dengan 25 individu dikesan positif Covid-19 hasil saringan 60 individu.

“Kluster Nanga Puti di Tatau pula melibatkan penduduk sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan 37 individu dikesan positif hasil saringan 46 individu,” menurut JPBN dalam kenyataan pada Khamis.

Pada Khamis, Sarawak merekodkan 1,206 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 92,106, manakala empat kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah korban 495 orang.

Sementara itu, JPBN memohon kerjasama semua pihak supaya tidak berkongsi atau menyebarkan berita tidak sahih atau palsu mengenai Covid-19 sama ada melalui media sosial, media cetak dan aplikasi mesej.

Menurut JPBN, segala perkembangan rasmi terkini atau maklumat berhubung Covid-19 akan dikeluarkan oleh jawatankuasa itu dan orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Negeri di talian 082-443991. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here