Home Koronavirus Dua kluster baharu libat komuniti rumah panjang

Dua kluster baharu libat komuniti rumah panjang

0
Dua kluster baharu libat komuniti rumah panjang

KUCHING – Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak pada Isnin mengisytiharkan dua lagi kluster baharu melibatkan komuniti rumah panjang iaitu Kluster Sungai Sentebu di daerah Sarikei dan Kluster Ulu Sangan di Tatau.

Kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, Kluster Sungai Sentebu dikesan berpunca daripada pergerakan sosial dan aktiviti berkumpul di rumah panjang semasa sambutan ambang Hari Gawai pada 31 Mei.

“Sejumlah 69 individu telah disaring dengan 48 kes telah dikesan positif Covid-19 termasuk kes indeks dan 21 kes didapati negatif,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPBN, sejumlah 59 individu telah disaring melibatkan Kluster Ulu Sangan dengan 12 kes positif termasuk kes indeks manakala 47 lagi masih menunggu keputusan makmal.

Pada Isnin, Sarawak merekodkan sejumlah 744 jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 56,187 manakala jumlah kematian akibat pandemik itu meningkat kepada 356 dengan laporan lima lagi kematian baharu. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here