Home Koronavirus 3 lokaliti termasuk asrama pekerja, rumah panjang kena PKPD

3 lokaliti termasuk asrama pekerja, rumah panjang kena PKPD

0
3 lokaliti termasuk asrama pekerja, rumah panjang kena PKPD

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Johor dan Sarawak selama 14 hari bermula Rabu ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu membabitkan asrama pekerja warga asing di Jalan Rivera, Tanjung Agas, Tangkak, Johor.

Menurutnya, turut dikenakan PKPD ialah Rumah Panjang Alat anak Mukan dan Mukah Palm Oil Mill di Sarawak.

Beliau berkata, PKPD di 11 Rumah Panjang dan SK Stalon, Tanjung Manis, Mukah di Sarawak pula dilanjutkan hingga 29 Jun sementara PKPD di Felda Trolak Utara, Sungkai di Perak dilanjutkan hingga 22 Jun.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here