Home Koronavirus Covid-19: Tutup sekolah di Melaka bergantung penilaian risiko

Covid-19: Tutup sekolah di Melaka bergantung penilaian risiko

0
Covid-19: Tutup sekolah di Melaka bergantung penilaian risiko

MELAKA – Arahan penutupan sekolah di Melaka akan dilaksanakan bergantung kepada penilaian risiko Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) secara khusus terhadap mana-mana sekolah yang berlaku penularan Covid-19.

Exco Pendidikan dan Teknologi, Datuk Rais Yassin berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka bersedia dengan sebarang arahan dan saranan yang berkemungkinan diberikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) berhubung penutupan sesi persekolahan secara bersemuka.

“Sehingga kini terdapat lebih kurang 309 pelajar yang telah dikuarantin, manakala 86 pelajar telah selesai menjalani tempoh kuarantin kendiri.

“Selain itu, terdapat dua buah sekolah telah bersedia untuk dibuka semula selepas musim perayaan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Tambah beliau, penularan kes Covid-19 tercetus di 10 buah sekolah berasrama, namun langkah awal telah diambil JPN dengan kerjasama JKN sekali gus berjaya mengawal kes Covid-19 yang berlaku dalam kawasan sekolah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang positif dan masih menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid Berisiko Rendah (PKRC), rumah atau asrama sehingga 8 Februari ini, terpaksa menangguhkan dan akan menduduki peperiksaan lisan Bahasa Melayu sidang kedua pada bulan April depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here