Home Koronavirus Covid-19: Tiga kematian baharu direkodkan, tiada BID

Covid-19: Tiga kematian baharu direkodkan, tiada BID

Covid-19: Tiga kematian baharu direkodkan, tiada BID

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu akibat Covid-19 pada Rabu.

Daripada jumlah tersebut, tiada kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dilaporkan.

Menurut data KKM di portal CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 35,567 orang daripada 4.4 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Dalam pada itu, terdapat 28,777 kes aktif Covid-19 di seluruh negara melibatkan seramai 27,361 individu dikuarantin di rumah manakala 14 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data KKM itu turut menunjukkan bahawa sebanyak 1,328 kes dirawat di hospital dan 74 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 33 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 41 lagi memerlukan mesin ventilator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here