Home Koronavirus 873,409 kanak-kanak lengkap vaksin Covid-19

873,409 kanak-kanak lengkap vaksin Covid-19

0
873,409 kanak-kanak lengkap vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR – Sejumlah 873,409 atau 24.6 peratus kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun di Malaysia lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat Rabu.

Menurut laman web CovidNow, 1,537,190 kanak-kanak atau 43.3 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tersebut.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,894,915 individu atau 93 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,992,659 atau 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu suntikan.

Dalam kalangan populasi dewasa pula, 16,036,713 individu atau 68.2 peratus telah menerima suntikan dos penggalak, manakala 22,967,350 atau 97.6 peratus melengkapkan dos kedua mereka dan 23,243,555 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan.

Pada Rabu, 2,151 dos vaksin diberikan terdiri daripada 438 bagi dos penggalak, 1,337 bagi dos kedua dan 376 bagi dos untuk suntikan pertama, menjadikan jumlah kumulatif dos yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjumlah 70,332,430.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, hanya tiga kematian dilaporkan semalam dengan Selangor mencatatkan dua kes, manakala Perak satu kes. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here