Home Koronavirus Covid-19 tidak akan berakhir sehingga 70 peratus divaksinasi: WHO

Covid-19 tidak akan berakhir sehingga 70 peratus divaksinasi: WHO

0
Covid-19 tidak akan berakhir sehingga 70 peratus divaksinasi: WHO

GENEVA- Pengarah Bahagian Eropah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pandemik Covid-19 tidak akan berakhir sehingga sekurang-kurangnya 70 peratus individu diberikan vaksin.

Dr Hans Kluge turut kesal kerana pelancaran vaksin di Eropah yang masih “terlalu perlahan”.

Menurut laporan AFP, Dr Kluge juga menyatakan salah satu kebimbangannya ialah peningkatan kes jangkitan melibatkan varian baharu koronavirus.

Katanya, varian India B1617 lebih mudah menular daripada varian UK B117.

Namun kedua-duanya lebih mudah menular berbanding virus asal.

Justeru, Dr Kluge menekankan solidariti dalam pemberian vaksin yang pantas adalah sangat penting.

Jelasnya, kepantasan pengedaran dan memperbanyakkan vaksin memainkan peranan yang sangat besar.

Di 53 buah negara dan wilayah di Eropah termasuk beberapa negara di Asia Tengah, sebanyak 26 peratus penduduk sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Di negara-negara Kesatuan Eropah (EU), 36.6 peratus penduduk telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here