Home Koronavirus Covid-19: Thailand bakal kehabisan katil ICU

Covid-19: Thailand bakal kehabisan katil ICU

0
Covid-19: Thailand bakal kehabisan katil ICU

THAILAND bakal kehabisan katil di unit rawatan rapi (ICU) negara itu dalam tempoh 19 hari lagi akibat peningkatan mendadak kes Covid-19 di negara itu.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 Thailand, Taweesilp Visanuyothin memberitahu negara itu mengesahkan catatan harian dengan 2,070 kes Covid-19 baharu pada Jumaat.

Visanuyothin memaklumkan, wabak terbaharu ini memberi tekanan kepada sistem hospital dan kapasiti ICU negara itu.

Di Bangkok, kini dilaporkan hanya tinggal 69 kemudahan ICU dari kira-kira 400 katil.

Pada kadar permintaan semasa, ia mencukupi untuk memenuhi permintaan dalam tempoh enam sehingga lapan hari lagi.

Pada awal Mac, Thailand mencatatkan 26,031 kes dengan kenaikan dua digit setiap hari, tetapi penambahan kes baharu menyebabkan jumlahnya meningkat.

Kini, catatan harian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes negara itu sebanyak 50,183, dengan 121 kematian dicatatkan.

Di bawah undang-undang Thailand, pesakit yang dijangkiti mesti ditahan di hospital, tetapi situasi sekarang begitu membataskan.

Terdapat 19,873 orang di hospital dan kemudahan di lapangan terbang di seluruh negara itu, tetapi ramai yang dijangkiti menjalani proses kuarantin di rumah selepas beberapa hospital mengalami kekurangan katil.

Tetapi Thailand bukan satu-satunya negara di Asia yang sedang bertarung untuk membendung virus tersebut.

India misalnya terpaksa meletakkan kemudahan tangki oksigen di gerabak kereta api ekspres khas kerana hospital utama di New Delhi kekurangan kemudahan.

Sistem kesihatan India yang kekurangan dana akibat pandemik yang melemahkan negara itu sehingga merekodkan jangkitan harian tertinggi di dunia untuk hari kedua berturut-turut dengan 332,730 kes.

Keadaan semakin buruk dari hari ke hari dengan hospital meminta media sosial meminta kerajaan untuk mengisi bekalan oksigen mereka selain mengancam untuk menghentikan kemasukan pesakit baharu.

Sementara di Jepun, negara itu mengumumkan situasi darurat ketiga di Tokyo dan tiga wilayah untuk membendung pandemik menjelang sukan Olimpik pada bulan Julai.

Darurat di Tokyo, Osaka dan dua wilayah jiran, Kyoto dan Hyogo akan berlangsung dari 25 April hingga pertengahan Mei.

Ia langkah singkat dan intensif untuk menghentikan penduduk dari melakukan perjalanan dan menyebarkan virus semasa cuti ‘Minggu Emas’ di Jepun.

Namun, pakar dan pemimpin tempatan menjelaskan, langkah yang lebih ketat diperlukan untuk menghadapi virus yang pantas merebak, vaksinasi terhad selain menangani keresahan masyarakat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here