Home Koronavirus Covid-19: Terus patuh SOP untuk kawal jangkitan

Covid-19: Terus patuh SOP untuk kawal jangkitan

0
Covid-19: Terus patuh SOP untuk kawal jangkitan

KOTA BHARU – Sistem bekerja dari rumah tidak perlu dijadikan fokus utama untuk memastikan penurunan jumlah jangkitan Covid-19 di Kelantan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Husin berkata, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepatutnya menjadi faktor utama yang perlu dijaga terutamanya menjelang fasa endemik Covid-19.

“Buat masa sekarang ini terpulang pada majikan masing-masing namun belum ada keperluan wajib untuk memerlukan kita bekerja dari rumah, kecuali mereka positif Covid-19 atau kuarantin dan sebagainya.

“Apa yang penting ialah jaga SOP dimana sahaja kita pergi dan berada. Ini sahaja yang dapat membantu kita mencegah jangkitan virus ini. Kalau masing-masing jaga SOP, saya yakin ia akan terkawal,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.

Menurutnya, penjagaan diri dengan pengambilan vitamin juga amat perlu bagi memastikan antibodi badan sentiasa bersedia dengan sebarang jangkitan.

Beliau berkata, ia terletak pada individu itu sendiri untuk mendisiplinkan diri dan sejauh mana mereka peka dengan keadaan semasa jangkitan wabak berkenaan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di negeri ini, Zaini berkata, ia masih berjalan sebagaimana yang dijadualkan walaupun kurang mendapat sambutan.

Katanya, ibu bapa diharapkan agar tidak termakan dengan khabar angin atau berita negatif mengenai vaksinasi melibatkan kanak-kanak.

“Kita sebagai ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak-anak kita. Jangan mudah termakan dengan bualan-bualan negatif sehingga memberi kesan kepada pendirian kita.

“Apa yang penting, kita berusaha sedaya upaya mencegah anak-anak kita daripada jangkitan melalui vaksinasi dan pendidikan penjagaan SOP berkenaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here