Home Koronavirus Covid-19: Sekolah Menengah Sains Rembau ditutup

Covid-19: Sekolah Menengah Sains Rembau ditutup

0
Covid-19: Sekolah Menengah Sains Rembau ditutup

REMBAU – Sekolah Menengah Sains Rembau di sini ditutup selama seminggu susulan terdapat kes positif Covid-19.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, sekolah berkenaan diarahkan tutup bermula 11 April lalu hingga 18 April ini bagi tujuan sanitasi.

“Kes dikesan melalui saringan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) yang dilakukan secara kendiri ke atas para pelajar.

“Setakat semalam (Rabu) seramai 60 pelajar tingkatan dua hingga lima melibatkan 38 lelaki dan 22 perempuan disahkan positif Covid-19,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Menurutnya, susulan pengesanan tersebut telah tercetus Kluster Jalan Pilin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here