Home Koronavirus Covid-19: 22 kematian baharu direkodkan, enam BID

Covid-19: 22 kematian baharu direkodkan, enam BID

0
Covid-19: 22 kematian baharu direkodkan, enam BID

SHAH ALAM – Sebanyak 22 kes kematian direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada Rabu dengan enam daripadanya membabitkan kematian di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Menurut data KKM di portal CovidNow, perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian berpunca daripada pandemik itu kini menjadi seramai 35,363 orang dengan 7,468 daripadanya adalah membabitkan kematian BID.

Dalam pada itu, kes baharu Covid-19 pada Rabu adalah sebanyak 10,052 kes manakala kes sembuh baharu pula adalah sebanyak 15,893 kes.

Daripada 120,592 kes aktif pada Rabu, 117,46 daripadanya atau 97.4 peratus adalah pesakit yang menjalani kuarantin di rumah manakala seramai 367 (0.3 peratus) pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sejumlah 2,599 pesakit kes Covid-19 atau 2.1 peratus memerlukan rawatan di hospital dan 62 (0.1 peratus) adalah pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula ialah seramai 62 orang manakala yang memerlukan mesin ventilator ialah 92 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here