Home Koronavirus Covid-19 rekod 360 kes baharu

Covid-19 rekod 360 kes baharu

0
Covid-19 rekod 360 kes baharu

Sebanyak 360 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan satu daripadanya merupakan kes import. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 360 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, satu kes kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah kematian dalam negara kini 36,858 kes.

Pada masa sama, kes aktif Covid-19 pula merekodkan 11,807 kes, dengan 11,197 atau 94.8 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Sementara itu, seramai 580 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 30 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 16 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang dicatatkan pada Isnin ialah 423 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara ialah 4,978,792 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here