Home Koronavirus Covid-19: Pengusaha teksi sapu cetus kluster baharu, catat 44 kes

Covid-19: Pengusaha teksi sapu cetus kluster baharu, catat 44 kes

0
Covid-19: Pengusaha teksi sapu cetus kluster baharu, catat 44 kes

KOTA KINABALU – Pengusaha teksi sapu di Beaufort menjadi pencetus kluster baharu iaitu Kluster Kota Klias dengan mencatat jangkitan 44 kes kumulatif Covid-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, pengusaha berusia 68 tahun itu dikesan positif Covid-19 di Hospital Beaufort pada 3 Julai ketika ujian saringan masuk wad setelah mengalami gejala demam serta batuk sejak 1 Julai.

“Kluster ini melibatkan penularan jangkitan dalam komuniti yang majoritinya adalah ahli keluarga dan pelanggan teksi sapu kes indeks di beberapa lokaliti sekitar Mukim Kota Klias.

“Daripada 71 kontak yang disaring, sebanyak 60.5 peratus didapati positif dengan jumlah kumulatif 44 kes termasuk empat kes baharu pada hari ini,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sementara itu, Masidi berkata, sebanyak 370 kes baharu Covid-19 direkod di Sabah hari ini menjadikan jumlah kumulatif 73,506 kes dan sebanyak 230 pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif 70,413 orang.

Sementara itu, dalam kenyataan media berasingan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor hari ini menerima RM104,837 iaitu sumbangan daripada penjawat awam negeri kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Sabah, untuk mengekang penularan pandemik di negeri berkenaan.

Hajiji berkata, jumlah berkenaan mewakili pemotongan elaun penjawat awam negeri dari kategori Gred 29 ke atas dan Ketua Menteri mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam negeri atas keprihatinan mereka. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here