Home Koronavirus Covid-19: Pelajar kolej cetus kluster pendidikan baharu di Sabah

Covid-19: Pelajar kolej cetus kluster pendidikan baharu di Sabah

0
Covid-19: Pelajar kolej cetus kluster pendidikan baharu di Sabah

KOTA KINABALU – Sabah mencatatkan satu lagi kluster institusi pendidikan pada Isnin iaitu Kluster Lorong Api-Api dengan kes indeks melibatkan pelajar lelaki di Almacrest International College Kota Kinabalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, pelajar berusia 18 tahun itu tinggal di asrama kediaman Api-Api Center mula bergejala pada 18 Januari lepas.

“Kes indeks kemudian didapati positif pada 21 Januari dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam untuk tujuan isolasi dan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Masidi yang juga jurucakap Covid-19 negeri berkata, saringan terhadap 40 kontak rapat mendapati 25 lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif kluster itu 34 kes setakat ini.

Beliau berkata, semua pelajar yang positif dikategorikan sebagai kategori satu dan dua, dan telah dihantar ke pusat kuarantin untuk mendapatkan rawatan.

Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 10 sekolah dikenal pasti terbabit dalam kluster institusi pendidikan di Sabah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Dallas, Kota Belud; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan; SMK Ranau; SMK Sandakan dan SMK Kundasang.

Kluster institusi pendidikan lain ialah SMK Tun Fuad Stephen, Kiulu; SMK Balung, Tawau; SMK Keningau; SMK Terusan, Lahad Datu dan SMK Tandek 2, Kota Marudu. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here