Home Koronavirus 13 kematian baharu akibat Covid-19, 4 kes BID

13 kematian baharu akibat Covid-19, 4 kes BID

0
13 kematian baharu akibat Covid-19, 4 kes BID

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 13 kes kematian baharu akibat Covid-19 dengan empat daripadanya membabitkan kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) pada Isnin.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,978 orang dengan jumlah kematian BID keseluruhan 6,446 orang.

Menurut data KKM di portal CovidNow yang dikeluarkan jam 12.20 tengah malam tadi, kes kematian itu direkodkan di lapan negeri dengan dua negeri mencatatkan kes tertinggi iaitu Kelantan dengan tiga kes yang kesemuanya membabitkan BID serta Johor yang turut melaporkan tiga kes.

Ia diikuti Sabah dengan dua kes serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Tujuh negeri iaitu Kedah, Melaka, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya mencatatkan sifar kes kematian.

Sementara itu, sebanyak 54,777 kes aktif Covid-19 dikesan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 46,643 individu dikuarantin di rumah, manakala 4,365 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 3,655 kes dirawat di hospital, 52 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 62 kes memerlukan bantuan pernafasan di ICU.

Ia menjadikan seramai 114 pesakit Covid-19 berada di ICU dengan kadar penggunaan keseluruhan ICU termasuk untuk kes bukan Covid-19 sebanyak 51.1 peratus dan kadar penggunaan katil yang dikhususkan untuk pesakit wabak itu adalah 13.4 peratus.

Jumlah pesakit yang diwadkan akibat Covid-19 secara harian pula sebanyak 864 kes dengan kadar penggunaan katil yang dikhususkan untuk pesakit wabak itu sebanyak 37.6 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here