Home Koronavirus Covid-19: Pejabat pos, SJKT Mentakab ditutup sementara

Covid-19: Pejabat pos, SJKT Mentakab ditutup sementara

0
Covid-19: Pejabat pos, SJKT Mentakab ditutup sementara

TEMERLOH – Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mentakab di sini ditutup sementara bermula Isnin hingga Rabu ini.

Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh dalam satu notis memaklumkan, sekolah tersebut ditutup bagi menjalankan kerja-kerja pencegahan dan perebakan sesuatu penyakit berjangkit.

Dalam pada itu, Pos Malaysia turut memaklumkan cawangannya di Mentakab ditutup bermula hari ini hingga Isnin depan.

Tindakan tersebut diambil sebagai langkah berwaspada bagi membendung penularan Covid-19.

“Kami menghargai sokongan serta kesabaran anda dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

“Untuk sebarang urusan sepanjang tempoh ini, anda boleh mengunjungi cawangan terdekat di Pejabat Pos Temerloh dan Pos Laju Service Centre Temerloh,” ujar kenyataan tersebut.

Notis kenyataan itu juga memberitahu, pengguna boleh menghubungi AskPos di www.pos com.my untuk sebarang pertanyaan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here