PUTRAJAYA – Kes baharu positif Covid-19 melepasi angka 8,000 dengan mencatatkan 8,868 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam negara setakat ini sebanyak 808,658 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitternya turut berkongsi data jangkitan kes positif baharu di setiap negeri dengan Selangor masih kekal kekal tertinggi dengan 4,152 kes.
Kuala Lumpur mencatatkan kes baharu dengan 1,133 kes diikuti Negeri Sembilan yang melaporkan kes ketiga tertinggi hari ini dengan 897 kes.
AKAN MENYUSUL
Sehingga 8 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 8,868 kes (808,658 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 4,152 (272,993)
WPKL – 1,133 (85,042)
Johor – 336 (73,722)
Sabah – 279 (71,468)
Sarawak – 281 (67,841)
Negeri Sembilan – 897 (50,314) pic.twitter.com/mmBi9gSfAG
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 8, 2021