Home Koronavirus Tambahan lebih 2 juta dos vaksin lancarkan PICK di Sabah

Tambahan lebih 2 juta dos vaksin lancarkan PICK di Sabah

0
Tambahan lebih 2 juta dos vaksin lancarkan PICK di Sabah

RANAU – Tambahan lebih dua juta dos vaksin ke negeri ini akan membantu meningkatkan lagi jumlah penerima vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah yang akan menerima 1 juta dos vaksin pada Julai ini dan 1.2 juta dos lagi pada bulan depan sudah pasti akan membantu meningkatkan lagi jumlah penerima vaksin di negeri ini.

“Saya berharap pemberian vaksin ini akan berjalan lancar termasuk untuk program mobile outreach (jangkauan luar). Ini bagi memastikan tiada penduduk yang tercicir dalam PICK.

“Kita tahu di luar bandar mereka tidak menggunakan aplikasi MySejahtera dan menerusi program mobile outreach, suntikan vaksin akan diberikan kepada mereka jika datang ke program itu.

“Justeru, dengan penambahan vaksin pada bulan ini dan bulan depan, sudah pasti membantu meningkatkan jumlah penduduk yang menerima vaksin di negeri ini,” katanya selepas mendengar taklimat mengenai status Covid-19 dan PICK daerah Ranau dalam lawatannya ke Kundasang pada Khamis.

Dalam pada itu, Hajiji mahu mobile outreach untuk pemberian vaksin di pedalaman negeri ini terus diperhebatkan bagi memastikan lebih ramai penduduk di kawasan berkenaan menerima vaksin.

Hajiji ketika mendengar taklimat itu dimaklumkan bahawa setakat ini, seramai 16,425 orang atau 21 peratus penduduk di Ranau sudah menerima dos satu, manakala seramai 7,419 (9.5 peratus) untuk dos dua.

Ranau mempunyai 113,500 populasi serta seramai 75,900 penduduk berusia 18 tahun ke atas dan setakat ini jumlah yang mendaftar adalah 25,396 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here