Home Koronavirus Covid-19: Malaysia catat rekod tertinggi, 7,289 kes hari ini

Covid-19: Malaysia catat rekod tertinggi, 7,289 kes hari ini

0
Covid-19: Malaysia catat rekod tertinggi, 7,289 kes hari ini

KUALA LUMPUR – Jangkitan Covid-19 terus menunjukkan trend membimbangkan apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan angka tertinggi baharu iaitu 7,289 kes.

Kali terakhir Malaysia merekodkan angka harian tertinggi ialah pada 20 Mei lalu membabitkan sebanyak 6,806 kes positif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal mencatat bilangan jangkitan baharu yang tertinggi dengan 2,642 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (604), Johor (664) dan Sarawak (513).

“Selain itu, Kelantan mencatatkan 425 kes, diikuti Negeri Sembilan (410),Pulau Pinang (380), Kedah (336), Terengganu (268) Sabah (266) dan Melaka (258 kes).

“Manakala bagi Perak pula (218), Pahang (211), Wilayah Persekutuan Labuan (63), Putrajaya (23) dan Perlis (8),” katanya menerusi ciapan di Twitter beliau pada Selasa.

AKAN MENYUSUL

Pada 25 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,289 kes.

Pecahan setiap negeri:

Selangor : 2,642 kes

Sabah : 266 kes

Johor : 664 kes

WPKL : 604 kes

Sarawak : 513 kes

Pulau Pinang : 380 kes

Negeri Sembilan : 410 kes

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 25, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here