Home Koronavirus Covid-19: Lebih sejuta kanak-kanak lengkap divaksin

Covid-19: Lebih sejuta kanak-kanak lengkap divaksin

0
Covid-19: Lebih sejuta kanak-kanak lengkap divaksin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,131,326 atau 31.9 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids), setakat Selasa.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 1,683,567 atau 47.5 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama Covid-19 bagi kanak-kanak menerusi PICKids adalah pada 31 Mei ini.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,910,553 atau 93.5 peratus telah lengkap divaskin, manakala 3,007,101 atau 96.6 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, seramai 16,084,603 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,973,173 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,249,459 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 9,883 dos harian diberikan pada Selasa meliputi 2,129 suntikan penggalak, 3,945 dos kedua dan 3,809 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada 70,826,089

Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan dua kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Selasa di Johor. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here