Home Koronavirus Covid-19: Labuan catat kadar kebolehjangkitan tertinggi melebihi 2.0

Covid-19: Labuan catat kadar kebolehjangkitan tertinggi melebihi 2.0

Covid-19: Labuan catat kadar kebolehjangkitan tertinggi melebihi 2.0

SHAH ALAM – Labuan mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 tertinggi dengan nilai 2.14 direkodkan pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan melalui Facebook miliknya pada Ahad, Malaysia mencatatkan kadar Rt menurun daripada 1.49 berbanding pada Jumaat 1.51.

Data itu menunjukkan semua negeri melepasi kadar Rt 1.0 dengan Sarawak dan Sabah merekodkan kadar tertinggi selepas Labuan iaitu masing-masing 1.67 dan 1.66.

Ia diikuti dengan Perlis mencatatkan 1.47, Pulau Pinang (1.46), Johor (1.40), Selangor (1.37), manakala Terengganu dan Kedah masing-masing 1.35.

Dalam pada itu, negeri lain yang melepasi nilai Rt 1.0 pula ialah Putrajaya (1.34), disusuli Negeri Sembilan (1.31),

Terengganu (1.35), Kedah (1.35), Pulau Pinang (1.46), manakala Johor (1.40) dan Kelantan (1.37), Melaka (1.28), Perak (1.27) dan Kuala Lumpur (1.22).

Pada Sabtu, kes baharu Covid-19 kekal trend meningkat dengan 22,802 kes direkodkan, sekali gus menjadikan kes kumulatif melebihi tiga juta iaitu 3,019,163.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 12 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.49. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran pic.twitter.com/aBXcTPK3h1

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 13, 2022

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here