Home Koronavirus Covid-19: Kesihatan Abdul Hadi bertambah baik

Covid-19: Kesihatan Abdul Hadi bertambah baik

0
Covid-19: Kesihatan Abdul Hadi bertambah baik

KUALA NERUS – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang selesai menjalani tempoh kuarantin hari ini selepas disahkan positif Covid-19 pada 20 Februari lalu.

Setiausaha Politiknya, Mohd Syahir Sulaiman berkata, tahap kesihatan pemimpin itu bertambah baik malah sepanjang tempoh kuarantin beliau telah menyiapkan sebuah manuskrip buku yang telah mula ditulis sejak sebulan lalu.

“Sepanjang tempoh kuarantin banyak masa beliau habiskan dengan menulis dan saya difahamkan beliau telah menyiapkan sebuah manuskrip buku berjudul Hidayah sepanjang tempoh beliau dikuarantin.

“Semalam saya ada berhubung dengan beliau dan keadaanya ceria. Insya-ALLAH beliau akan kembali berkhidmat selepas habis kuarantin,” katanya ketika ditemui disini, pada Sabtu.

Menurut Syahir, manuskrip setebal 400 muka surat itu merupakan kesinambungan daripada penulisan ketika Abdul Hadi menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Ketika di IJN sebelum ini beliau menulis buku berkisar tentang al-Quran, selepas itu mengenai Taqwa dan kali ini mengenai Hidayah.

“Jangkaan untuk penerbitan belum dipastikan namun menurut beliau buku itu akan diterbitkan secepat mungkin kerana ada satu lagi buku dalam perancangan untuk diterbitkan iaitu buku berkisar mengenai empat khalifah,” katanya.

Pada 20 Februari lalu, Abdul Hadi mengalami demam selepas menghadiri majlis perasmian Kompleks Pentadbiran Pas di Kedah sebelum disahkan dijangkiti Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here