Home Koronavirus Covid-19: Kes kekal rekod angka lebih 3,000

Covid-19: Kes kekal rekod angka lebih 3,000

0
Covid-19: Kes kekal rekod angka lebih 3,000

KUALA LUMPUR – Kes positif baharu Covid-19 terus melepasi angka 3,000 dengan 3,332 kes dilaporkan pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata, daripada jumlah berkenaan dalam tempoh 24 jam lalu, Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 1,083 kes diikuti Sarawak dengan 522 kes dan Kelantan 401 kes.

Ia kemudian diikuti Kuala Lumpur yang merekodkan 359 kes; Johor (207); Pulau Pinang (158); Sabah (131); Negeri Sembilan (111); Kedah (105); Pahang (92); Perak (91); Melaka (43) ; Terengganu (19); Putrajaya (sembilan) dan Perlis (satu).

Bagaimanapun, Labuan tidak merekodkan sebarang kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh berkenaan. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here