SHAH ALAM – Kes harian Covid-19 kembali meningkat berbanding semalam (Ahad) dengan sebanyak 4,446 kes baharu direkodkan pada Isnin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal sebagai negeri mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 1,650 kes diikuti Sarawak (433), Johor (391) dan Kelantan (343).
“Kes baharu di Wilayah Persekutuan pula adalah sebanyak 297 kes manakala Negeri Sembilan (243), Kedah (236), Perak (203), Terengganu (201), Pulau Pinang (159), Pahang (139), Melaka (80), Sabah (60).
“ Wilayah Persekutuan Putrajaya 11 kes, manakala Wilayah Persekutuan Labuan dan Perak masing-masing mencatatkan 0 kes,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya pada Isnin.
AKAN MENYUSUL