Home Koronavirus Covid-19: Kadar penggunaan katil di Johor melebihi 90 peratus

Covid-19: Kadar penggunaan katil di Johor melebihi 90 peratus

0
Covid-19: Kadar penggunaan katil di Johor melebihi 90 peratus

JOHOR BAHRU- Kadar penggunaan katil yang dikhususkan untuk kes Covid-19 di wad dan unit rawatan rapi ( ICU) hospital di Johor telah melebihi 90 peratus.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, seramai 82 pesakit Covid-19 dirawat di ICU manakala 66 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Bagaimanapun katanya, wad khas disediakan bagi memastikan pesakit Covid-19 kategori dua hingga lima dirawat.

“Selain daripada hospital kerajaan, pesakit Covid-19 kategori satu hingga lima boleh memilih untuk mendapatkan rawatan di 15 hospital swasta.

“Sementara bagi kategori satu boleh dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Pasir Gudang dan PKRC swasta iaitu DB Kompleks,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 224 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada Ahad menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 50,419 kes.

Jelasnya, kumulatif kluster aktif pula sebanyak 70 kluster dan 22 kluster melibatkan penularan dalam industri dan 25 kluster di dalam komuniti.

Vidyananthan memberitahu, 16 kluster di dalam institut, dua kluster di pasar raya dan lima kluster melibatkan tahanan.

“Kebelakangan ini, Johor menunjukkan peningkatan kes Covid-19 yang dilaporkan dalam kalangan komuniti akibat aktiviti sosial dan keagamaan yang tidak mematuhi prosuder operasi standard ( SOP),” katanya.

Menurutnya, masih ramai yang tidak mematuhi SOP dan amalan 3S iaitu mengelakkan ruang sempit, sesak dan sembang dalam jarak dekat..

“Selain itu terdapat juga pelaporan penularan dari aktiviti sosial keluarga seperti karaoke, kenduri kahwin dan aktiviti riadhah yang lain secara berkumpulan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here