Home Koronavirus Covid 19: Kes baharu turun kepada 1,483, tiga kematian

Covid 19: Kes baharu turun kepada 1,483, tiga kematian

0
Covid 19: Kes baharu turun kepada 1,483, tiga kematian
Petugas Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan proses penandaan sampel ujian saringan Covid-19. – Foto fail Bernama

SHAH ALAM – Malaysia merekodkan penurunan kes baharu jangkitan Covid-19 pada Ahad iaitu 1,483 kes berbanding 1,971 yang dicatatkan pada Sabtu.

Jumlah itu menjadikan keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,805,107 sejak pandemik melanda dua tahun lalu.

Berdasarkan laman sesawang CovidNow, Kuala Lumpur menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 328 kes diikuti Selangor (268), Perak (138), Sabah (127) dan Negeri Sembilan (110).

Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Sarawak (86), Johor (73), Melaka (67), Pulau Pinang (63), Kedah (54), Pahang (49), Putrajaya (43), Kelantan (37), Terengganu (26) dan Perlis (12).

Hanya Labuan merekodkan satu digit kes iaitu dua kes jangkitan baharu.

Sebanyak dua kes import juga direkodkan dan kedua-dua di Perak.

Data CovidNow menunjukkan sebanyak 26,339 kes masih aktif dan 2,090 kes sembuh.

Daripada jumlah itu, seramai 1,241 pesakit menerima rawatan di hospital dan 68 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 48 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan tiga kes dengan satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) menjadikan jumlah terkini kematian akibat wabak itu sebanyak 36,283.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here