Home Koronavirus 1,964 kes baharu Covid-19, tiga kematian

1,964 kes baharu Covid-19, tiga kematian

0
1,964 kes baharu Covid-19, tiga kematian
Sebanyak 1,964 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu.

SHAH ALAM – Sebanyak 1,964 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu dengan tujuh daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak tiga kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan.

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,277 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 26,949 kes, dengan 25,648 atau 95.2 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai lapan pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,224 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak 69 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 49 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Sabtu ialah 2,389 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,740,398 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here