KUALA LUMPUR – Kes harian baharu Covid-19 di negara ini kekal di bawah 2,000 selama tiga hari berturut-turut dengan 1,529 kes dilaporkan Hari ini iaitu menurun berbanding Ahad sebanyak 1,683 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor mencatat kes baharu tertinggi dengan 726 kes diikuti Sarawak dengan 252 kes.
Johor mencatatkan 120 kes, Negeri Sembilan (89), Pulau Pinang (76), Sabah dan Kuala Lumpur masing-masing 71 kes, Perak (49), Kelantan (28), Perlis (17), Terengganu (13), Kedah (sembilan), Melaka (empat), Pahang (tiga) dan Putrajaya satu kes.
AKAN MENYUSUL