Home Koronavirus Covid-19: Kadar kebolehjangkitan meningkat, Sabah tertinggi

Covid-19: Kadar kebolehjangkitan meningkat, Sabah tertinggi

Covid-19: Kadar kebolehjangkitan meningkat, Sabah tertinggi

PUTRAJAYA – Kadar kebolehjangkitan (Rt) negara terus meningkat kepada 1.27 susulan lonjakan kes positif Covid-19 sejak akhir-akhir ini.

Menerusi data yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Isnin, Sabah mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.47 diikuti Perlis (1.40) dan Sarawak (1.30).

Labuan, Putrajaya, Kedah masing-masing 1.25, Johor (1.22), Selangor (1.21), Pahang (1.20), Pulau Pinang (1.20), Melaka (1.16), Perak (1.15), Kelantan (1.11) dan Kuala Lumpur (1.10).

Nilai Rt adalah kebolehjangkitan satu kes positif kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan.

Contohnya, jika nilai Rt 2.2 bermaksud, 10 kes positif boleh menjangkiti 22 individu lain dalam tempoh kebolehjangkitan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 10,089 kes baharu positif Covid-19 pada Ahad.

Peningkatan ketara itu berikutan negara sudah memasuki gelombang jangkitan varian Omicron.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here