Home Koronavirus Covid-19: Hospital Sultan Abdul Halim masih terkawal

Covid-19: Hospital Sultan Abdul Halim masih terkawal

0
Covid-19: Hospital Sultan Abdul Halim masih terkawal

ALOR SETAR – Situasi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani dekat sini, masih terkawal walaupun terdapat kes positif dalam kalangan kakitangan hospital.

Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, keadaan dan jumlah kakitangan hospital disahkan positif Covid-19 dalam keadaan terkawal.

Menurutnya, bilangan kakitangan hospital yang terlibat tidaklah seramai seperti mana ditularkan sehingga mencecah 100 orang.

“Sebenarnya tidak ramai mana pun hingga menjadi heboh, tetapi ia berlaku di hospital dan tempat tumpuan orang ramai, maka orang jadi takut.

“Bagaimanapun, tiada masalah memandangkan kerja sanitasi wad telah dilaksanakan secara berperingkat sejak semalam,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pengendalian kes kecemasan di hospital terbabit masih berjalan seperti biasa ekoran kebanyakan wad telah dilakukan sanitasi.

“Sanitasi wad sudah dilakukan dan akan isi balik wad tiada masalah, kes kecemasan berjalan seperti biasa cumanya janji temu klinik pakar HSAH dijadualkan semula selepas dua minggu,” katanya.

Dr Mohd Hayati berkata, kes bukan kecemasan akan dirujuk ke hospital lain seperti Hospital Yan, Hospital Kulim, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan Hospital Baling.

Dalam perkembangan sama, katanya, ketika ini kakitangan HSAH yang berada pada kategori tiga dan empat menjalani rawatan di hospital dan yang berada pada kategori satu dan dua menjalani kuarantin di rumah.

Pada Rabu, Dr Mohd Hayati menafikan HSAH dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti tular di media sosial sebaliknya hanya beberapa bahagian premis ditutup sementara waktu.

Beliau memberitahu, seramai 30 kakitangan HSAH terdiri daripada doktor, jururawat dan pekerja bahagian pembersihan didapati positif Covid-19 dipercayai berpunca daripada penularan varian Delta dan Beta.

ARTIKEL BERKAITAN: Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani tidak dikenakan PKPD

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here