Home Koronavirus Covid-19: Hanya 175 kes baharu dicatatkan

Covid-19: Hanya 175 kes baharu dicatatkan

0
Covid-19: Hanya 175 kes baharu dicatatkan

Malaysia merekodkan sebanyak 175 kes baharu Covid-19 pada Isnin. Foto hiasan

SHAH ALAM – Malaysia merekodkan sebanyak 175 kes baharu Covid-19 pada Isnin dan satu daripadanya adalah kes import menjadikan keseluruhan kes aktif adalah sebanyak 10,053.

Daripada jumlah itu, Portal KKMNOW melaporkan sebanyak 96.1 peratus atau 9,659 individu menjalani kuarantin di rumah dan tiada yang dirawat dalam Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data tersebut turut menyatakan bahawa sebanyak 388 kes Covid-19 menerima rawatan di hospital dan enam pesakit di unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, kes sembuh yang direkodkan melibatkan 196 individu menjadikan kumulatif berkenaan sebanyak 4,991,173.

Pada masa yang sama, negara juga turut mencatatkan satu kematian terbaharu dan ia merupakan kematian luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan keseluruhan kes kematian adalah sebanyak 36,944.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here