Home Koronavirus Covid-19: Hanya 1,202 kes harian baharu dalam enam hari

Covid-19: Hanya 1,202 kes harian baharu dalam enam hari

0
Covid-19: Hanya 1,202 kes harian baharu dalam enam hari

Kes harian baharu Covid-19 Malaysia kekal bawah 250 sepanjang tempoh 18 Februari-23 Februari 2023. Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Kes harian baharu Covid-19 Malaysia kekal bawah 250 sepanjang tempoh rangkuman 18 Februari-23 Februari 2023, dengan jumlah sebanyak 1,202 kes, susut sekitar lapan peratus berbanding tempoh yang sama 11 Februari-16 Februari.

Semalam (23 Februari), Malaysia mencatat 224 kes harian baharu Covid-19 termasuk satu (1) kes import dan sifar kes kematian. Tiada kes kematian dilaporkan untuk dua hari berturut-turut sebelum ini iaitu pada 22 Februari dan 21 Februari.

Menurut data KKMNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat pukul 11:59mlm, 23 Februari 2023, Malaysia masih mempunyai 9,270 kes aktif Covid-19 dan daripada jumlah itu, 8,952 kes (96.6 peratus) kuarantin di rumah.

Secara keseluruhannya, sehingga semalam (23 Februari), Malaysia merekod sebanyak 5,041,811 kes Covid-19, kes sembuh 4,995,584 dan 36,957 kes kematian. Pandemik Covid-19 mula melanda Malaysia pada 25 Januari 2020. Pada 1 April 2022, Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik.

Daripada 224 kes semalam, lima (5) negeri/wilayah mencatat kes dua (2) angka, didahului oleh Selangor (66), WP Kuala Lumpur (57), Melaka (19), Sarawak (18) dan Perak (16).

Kes satu angka dilaporkan di Pulau Pinang (9), Johor (8), Negeri Sembilan (7), Sabah (5), Kedah (5), Kelantan (5), WP Putrajaya (4), Terengganu (4) dan Pahang (1) serta kes sifar – WP Labuan dan Perlis.

Dengan 5,041,811 kes kumulatif Covid-19, Malaysia kini menduduki tangga 28 daripada 229 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Chile (5,156,519 kes) dan Ukraine (5,382,095 kes).

Dalam kalangan 229 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi (15,193) diikuti Rusia (14,721) dan Taiwan (14,387).

Amerika Syarikat mencatat jumlah kes kematian akibat Covid-19 tertinggi iaitu102,534,080 kes.