Home bajet2022 [VIDEO] Belanjawan 2023: Anwar menuju ke Parlimen

[VIDEO] Belanjawan 2023: Anwar menuju ke Parlimen

0
[VIDEO] Belanjawan 2023: Anwar menuju ke Parlimen

Anwar menunjukkan dokumen Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan jam 4 petang ini.Anwar yang juga Menteri Kewangan menyertai bacaan doa yang diketuai Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan Mohamad Zukrillah Ismail di lobi utama Perbendaharaan.

PUTRAJAYA – Segak berbaju Melayu berona biru muda, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Kementerian Kewangan jam 3.07 petang menuju ke Parlimen bagi membentangkan Belanjawan 2023.

Sebelum itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menyertai bacaan doa yang diketuai Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan Mohamad Zukrillah Ismail di lobi utama Perbendaharaan.

Pembentangan Belanjawan 2023 merupakan penampilan Anwar kali kedua selepas 26 tahun ketika beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan pada 1997.

Ketika ditanya pemberita mengenai perasaannya, Anwar berkata:

“Sempurnakan tanggungjawab dengan baik,” katanya.

Turut mengiringi Anwar ke Parlimen ialah kedua-dua timbalannya, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong.

**media[2105191]**

Anwar juga turut menunjukkan sebuah beg hitam bermotifkan tenunan Sarawak yang mengandungi teks ucapan Belanjawan 2023.

Belanjawan 2023 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 7 Oktober 2022 dengan peruntukan tertinggi dalam sejarah yang berjumlah RM372.3 bilion.

Bagaimanapun ia tidak sempat untuk dibahaskan kerana Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa 10 Oktober bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).