PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Kes positif Covid-19 terus merekodkan peningkatan dengan 6,988 kes baharu dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat negeri dan wilayah melaporkan kes tertinggi iaitu Selangor (2,885), Kuala Lumpur (988), Negeri Sembilan (692) dan Sarawak (544).
Melaka mencatatkan 311 kes, diikuti Johor (270), Kedah (250), Sabah (232), Pahang (195), Perak (149), Labuan (129), Kelantan (108), Terengganu (50), Putrajaya (10) dan satu kes di Perlis.
“Jumlah keseluruhan kes dilaporkan adalah 758,967,” katanya menerusi laman Twitter pada Khamis.