Home Koronavirus Covid-19: Pejabat Daerah Kluang ditutup sementara

Covid-19: Pejabat Daerah Kluang ditutup sementara

0
Covid-19: Pejabat Daerah Kluang ditutup sementara

KLUANG – Pejabat Daerah Kluang di bandar ini ditutup sementara bermula Rabu sehingga 7 Julai ini berikutan dikesan berlaku penularan Covid-19 di premis terbabit.

Pejabat Daerah Kluang menerusi Facebook rasminya memberitahu Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengarahkan pengurusan premis untuk menjalankan proses disinfeksi dan sanitasi.

“Ini bagi tujuan menjalankan kerja-kerja mencegah bermulanya atau merebaknya sesuatu penyakit berjangkit sebagaimana Akta Pencegahan Pengawalan Berjangkit 1988,” demikian menurut kenyataan ringkas dalam Facebook itu.

Notis arahan penutupan premis tersebut yang bermula jam 5 petang Rabu itu turut ditampal di pintu masuk pejabat berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here