Home Koronavirus Covid-19 catat 1,360 kes baharu, satu kematian

Covid-19 catat 1,360 kes baharu, satu kematian

0
Covid-19 catat 1,360 kes baharu, satu kematian
KKM merekodkan sebanyak 1,360 kes baharu Covid-19 pada Ahad.

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,360 kes baharu Covid-19 pada Ahad menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 4,843,865.

Berdasarkan data daripada portal CovidNow, terdapat satu kematian yang direkodkan dan kes tersebut berlaku di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 36,375 orang daripada lebih 4.8 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Sementara itu, KKM turut mencatatkan sejumlah 24,097 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 23,075 pesakit dikuarantin di rumah dan 977 menerima rawatan di hospital.

Data itu juga menunjukkan, sejumlah 45 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 28 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 2,271 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 4,783,393.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here