Home Koronavirus Covid-19: Aktiviti makan Tahun Baharu Cina cetus kluster di Sarawak

Covid-19: Aktiviti makan Tahun Baharu Cina cetus kluster di Sarawak

0
Covid-19: Aktiviti makan Tahun Baharu Cina cetus kluster di Sarawak

KUCHING – Pergaulan sosial serta makan bersama semasa sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 Februari lalu menjadi pencetus kepada satu kluster baharu Covid-19 di Sarawak.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan pada Rabu, Kluster Kampung Semeba iaitu satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah kediaman persendirian terletak di Kampung Semeba, Kuching.

“Kes indeks kepada kluster itu telah dikesan melalui saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan pada 5 Februari lepas.

“Kes indeks juga mempunyai sejarah pulang dari Kuala Lumpur pada 31 Januari.

Jangkitan dipercayai berpunca daripada pergaulan sosial dan sejarah makan bersama semasa sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 Februari lalu,” katanya.

Seramai 139 individu telah disaring dalam kluster tersebut dan 17 didapati positif termasuk kes indeks dan 122 yang lain negatif.

Selain itu, kes baharu harian Covid-19 di Sarawak meningkat kepada 184 kes hari ini berbanding 129 semalam. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here