Home Koronavirus 116 calon SPM positif Covid-19, tidak ambil ujian lisan

116 calon SPM positif Covid-19, tidak ambil ujian lisan

0
116 calon SPM positif Covid-19, tidak ambil ujian lisan

MELAKA – Seramai 116 daripada 13,134 jumlah keseluruhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di Melaka tidak dapat menduduki peperiksaan lisan Bahasa Melayu yang bermula pada Selasa kerana positif Covid-19 dan sedang dikuarantin.

Exco Pendidikan dan Teknologi, Datuk Rais Yasin berkata, bagaimanapun mereka yang terlibat itu boleh menduduki peperiksaan berkenaan pada sidang kedua yang berlangsung April depan.

Menurutnya, JPN telah menghantar senarai calon kepada Lembaga Pemeriksaan beserta dokumen untuk dipertimbangkan bagi membolehkan mereka menjalani ujian tersebut.

Katanya, setakat ini juga tiada lagi sekolah ditutup akibat Covid-19 dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mengambil inisiatif menyuraikan pelajar asrama mengikut kategori pada penutupan sekolah lalu.

“Data sehingga 8 Februari lalu seramai 50 orang masih positif manakala 206 sedang dikuarantin.

“Bilangan murid yang positif dan telah sihat pula seramai 179 orang dan 690 pelajar telah potong gelang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Akademi Ragbi Melaka di Ayer Keroh di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Rais berkata, JPN tidak menghalang penguat kuasa kesihatan untuk melakukan pemantauan dan permeriksaan di sekolah.

Menurutnya, namun perlu memaklumkan kepada pihak berkenaan termasuk pentadbiran sekolah agar tidak timbul sebarang masalah dan kesulitan.

Katanya, dalam waktu sukar ini semua pihak harus bekerjasama dan bukan masa untuk mencari salah sesiapa selain mempertikangkat pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Kalau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) nak datang untuk pemeriksaan, ini boleh dilakukan cuma kerjasama itu mestilah ada prosedurnya.

“Saya boleh beri jaminan JPN akan sentiasa memberikan kerjasama yang baik,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here